Biz Card


RM 150.00

Detail

Kad bisnes merupakan medium yang menemukan antara anda dan pelanggan / kenalan untuk mengenali tentang perniagaan dan diri anda. Oleh itu, kad bisnes atau kad perniagaan amat penting sekali pada sesiapa sahaja samada syarikat persendirian, perniagaan kecil-kecilan mahupun penjawat awam.

Antara beberapa kelebihan memiliki kad bisnes / kad perniagaan adalah anda dapat memberikan “first impression” tentang servis yang anda sediakan dalam perniagaan anda. Melalui kad bisnes yang anda berikan pada pelanggan / kenalan anda, mudah untuk mereka memahami tentang perniagaan yang anda lakukan dan ia juga memudahkan mereka untuk bertanyakan tentang perniagaan anda lebih lanjut. Secara tidak langsung, pelanggan / kenalan anda lebih mudah untuk menghubungi anda.

Selain itu, kad bisnes menunjukkan anda lebih professional dan serius untuk berkembang lebih maju ke hadapan. Hal ini demikian kerana kad bisnes memberikan impak yang berbeza dari segi visual dan imej pandangan pada orang yang menerimanya. Kad bisnes yang anda haruslah lakukan adalah simple, neat and clean! Seterusnya, kad bisnes juga menjadi ruang untuk memudahkan pelanggan anda menghubungi melalui WhatsApp, Facebook, Instagram, Twitter melalui QR Code yang tertera pada kad bisnes anda.